Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Tuesday, August 4, 2009

BUDAYA MEMBACA....


Baru-baru ini, terdapat kenyataan bahawa berdasarkan kajian Dewan Industri Buku Melayu Malaysia pada tahun lalu, rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM1 bilion setahun untuk membeli buku.
Ia satu jumlah yang agak besar. Tetapi kalau diambil kira jumlah keluarga di Malaysia, secara puratanya setiap keluarga di negara ini hanya membelanjakan RM50 setahun untuk membeli buku.
RM 50 setahun sahaja… Bagi saya ia satu jumlah yang masih kecil. Bagaimana pula dengan jumlah bacaan rakyat negara kita dalam satu hari?
Hasil ‘Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia’ yang dibuat oleh Perpustakaan Negara pada 1996 merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku sepanjang tahun. Kajian ini juga mendapati, bahan bacaan yang paling digemari ialah komik, diikuti majalah, buku dan surat khabar. Satu statistik yang amat memeranjatkan!!
Hasil kajian ini mendedahkan bahawa budaya membaca rakyat negara kita jauh masih ketinggalan berbanding negara-negara maju lain.
Sebagai orang Islam, kita mesti peka dengan kekurangan ini. Kerana Islam menggalakkan mencari ilmu, dan mewujudkan budaya membaca. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah: “Bacalah…”.

Wednesday, July 15, 2009

Pencerapan Guru kali Kedua

Perhatian kepada semua guru di bawah Bidang Bahasa ;

Pencerapan Kali Kedua akan dijalankan pada bulan ini (Julai dan Ogos) 2009.

mesyuarat bidang dan panitia bahasa

Pada 16 Julai 2009
Tempat : Perpustakaan
Masa : 12.30 tgh

Sunday, July 12, 2009

Soalan SPM Jun 2009

Tajuk yang telah keluar:

drama kerusi,
Sikap Terburu-buru Membawa Padah
Pantun Kiasan
Novel Latar masa
peristiwa menarik

Soalan 3 a. Bina ayat (budi bicara, masalah sosial , masyarakat penyayang, kumpulan etnik, nilai murni.
3b. ayat majmuk
3c. ejaan dan imbuhan

3d. istilah dan kesalahan bahasa
3e. maksud peribahasa